Tupai kecil berani cabar burung helang - Utusan Malaysia

Tupai kecil berani cabar burung helang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LINCOLN, Maine – Seorang jurugambar hidupan liar berjaya merakam detik seekor tupai kelabu berani mencabar seekor burung helang botak di puncak sebatang pokok di sini Isnin lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Roger Stevens Jr. memberitahu dia berhenti untuk mengambil gambar hidupan liar berdekatan pekan Lincoln apabila ternampak seekor burung helang di atas sebatang pokok dan tiba-tiba seekor tupai muncul pada dahan bertentangan dengannya.

“Tupai itu seperti mahu melihat berapa dekat dia boleh hampiri helang tersebut. Tupai itu datang dekat serta mula mencabar, menghalau dan membuat burung pemangsa tersebut marah,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini umpama seorang lelaki kecil mencabar lelaki berbadan sasa. Perangai seumpama ini sesuatu yang kita jarang lihat,” jelasnya kepada rangkaian televisyen CBS.

Kegigihan haiwan kecil itu mempertahankan sarang dan kawasannya menyebabkan burung helang tersebut mengalah dan kemudian terbang meninggalkan pokok berkenaan.

Stevens menganggap kejadian itu adalah detik ‘sekali seumur hidup’ sepanjang kerjayanya sebagai jurugambar selama 21 tahun malah akan dimasukkan dalam bukunya yang kelapan mengenai kehidupan burung helang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini