Tunisia mohon ekstradisi adik ipar bekas presiden - Utusan Malaysia

Tunisia mohon ekstradisi adik ipar bekas presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS 18 Mac – Kerajaan Tunisia mengemukakan permohonan kepada Perancis bagi mengekstradisi adik ipar bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali, Belhassen Trabelsi yang dikehendaki di negaranya atas pertuduhan tipu. Kementerian Undang-undang dalam satu kenyataan kepada AFP memberitahu, permohonan itu dibuat selepas Tunisia mendapat maklumat daripada polis antarabangsa Interpol yang Belhassen kini ditahan di Perancis. Katanya, lelaki itu berdepan dengan 17 waran tangkap di Tunisia dan 43 waran antarabangsa. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi daripada Perancis berhubung penahanan Belhassen. -AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN