Hampir sembilan tahun masa dihabiskan bagi mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM), namun Ahmad Mustapa, 29, akhirnya memilih penternakan sebagai kerjayanya. Berbekalan modal sebanyak RM50,000 yang disumbangkan ahli keluarganya, anak muda kelahiran Jerteh, Terengganu itu kini memiliki ladang ternakan lembu yang diberi nama Ladang Ayoh. Berkat usaha tidak pernah jemu dan niat sucinya pulang ke kampung untuk menjaga kedua-dua orang tuanya, Ladang Ayoh yang mula beroperasi pada 2016 dengan hanya 12 ekor lembu, kini semakin berkembang dan memiliki kira-kira 30 ekor lembu. Menyingkap semula keputusannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya