LOS ANGELES 20 Mac – Penyanyi John Legend membidas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan mendakwa pemimpin Republikan itu menyumbang kepada serangan keganasan di Christchurch, New Zealand.
Lapor NZ Herald, Legend berkata, pembunuhan di New Zealand amat kejam dan menyedihkan.
“Pergerakan pengganas ketuanan kulit putih membawa mudarat yang teruk di sini dan luar negara.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita perlu bersatu menentangnya,” kicauan penyanyi itu di Twitter.
Tambah Legend, beliau percaya walaupun Trump bukan punca secara langsung keganasan itu, namun ungkapan retoriknya menyemarakkan lagi kebencian.
“Trump mesti mengecam serangan itu,” katanya. -AGENSI











