KUALA LUMPUR 23 Mac – Kesesakan lalu lintas dari Bulatan Pahang di sini sekitar pukul 9 pagi tadi berakhir sepenuhnya selepas kerja-kerja pembersihan pasir yang bertaburan dilakukan Alam Flora Sdn. Bhd.
Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) dalam laman sosial Facebook memaklumkan, semua lorong tengah dan kanan yang sebelum ini terhalang telah dibuka kepada semua kenderaan sejak pukul 11 pagi tadi.
Kemalangan yang berlaku berdekatan Hotel Dynasty menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu berpunca daripada lori yang tidak menutup muatan pasir. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











