TPM ucap takziah atas kemangkatan bonda Sultan Johor - Utusan Malaysia

TPM ucap takziah atas kemangkatan bonda Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Mac – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat diraja Johor atas kemangkatan bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad hari ini.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah dan ditempatkan oleh Allah dalam kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jenazah Almarhumah Tengku Zanariah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru pada pukul 2 petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Almarhumah Tengku Zanariah mangkat pada usia 79 tahun.

Terdahulu, jenazah Almarhumah disemayamkan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini