PARIS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan lawatan kerja ke Perancis mulai hari ini hingga 20 Mac serta mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar berkata, lawatan kerja ke negara ini adalah yang pertama bagi Wan Azizah selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, 12…










