Tottenham boleh tewaskan sesiapa sahaja - Utusan Malaysia

Tottenham boleh tewaskan sesiapa sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mac – Mauricio Pochettino menegaskan Tottenham mampu menumbangkan mana-mana sahaja pasukan di Eropah menjelang aksi kalah mati Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund.

Spurs ketika ini memiliki kelebihan untuk melangkah ke saingan lapan pasukan terbaik selepas menang 3-0 ke atas pendahulu Bundesliga itu di Stadium Wembley.

Bagaimanapun, prestasi mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris kurang memberangsangkan dan hanya meraih satu mata daripada sembilan mata sekali gus menyingkirkan pasukan itu daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, Spurs memiliki keyakinan luar biasa untuk aksi timbal balas di Signal Iduna Park.

“Dalam saingan seperti Liga Juara-Juara atau Liga Europa atau saingan domestik, awak bukan sahaja perlu menang perlawanan tetapi juga memerlukan nasib baik untuk ke final.

“Banyak perkara berkaitan dalam situasi ini dan kadang-kala awak berjaya ke final sedangkan awak bukan pasukan terbaik.

“Pasukan terbaik akan menyingkirkan 19 lagi pasukan lain. Sudah pasti saya yakin kami boleh tewaskan sesiapa sahaja.

“Kami perlu lupakan aksi pertama, kekal agresif, kekal profesional dan percaya kepada diri sendiri, sudah pasti kami boleh tundukkan sesiapa sahaja,” kata Pochettino.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini