Tonton video serangan hanya membuat trauma - Ahli psikologi klinikal - Utusan Malaysia

Tonton video serangan hanya membuat trauma – Ahli psikologi klinikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 15 Mac – Seorang ahli psikologi klinikal memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menonton rakaman pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di sebuah masjid di Christchurch hari ini.

Portal NZ Herald melaporkan, Ian Lambie berkongsi mesej tersebut berserta nasihat untuk mengatasinya selepas kejadian serangan di dua masjid di Christchurch.

Salah seorang suspek telah merakam video dia menembak mangsa di salah sebuah masjid dan rakaman tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan tonton video itu. Menontonnya hanya membuat trauma, ia tidak akan membantu.

“Rasa cemas, tidak mahu keluar dari rumah, hilang minat terhadap aktiviti seharian dan mengalami masalah sukar untuk tidur antara tanda seseorang itu tidak boleh mengatasinya,” katanya.

Menurutnya, perasaan tersebut adalah normal untuk seketika namun jika berterusan itu adalah perkara yang membimbangkan.

Oleh itu, katanya, dia menggalakkan orang ramai untuk bertemu satu sama lain terutama di Christchurch dengan hanya menunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada manusia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini