JAKARTA 9 Mac – Pengarah Undang-Undang dan Khidmat Guam Pasukan Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin, Ade Irfan Pulungan mendedahkan masih ramai masyarakat Indonesia percaya terhadap berita atau maklumat palsu. Berdasarkan data yang dikumpulan, dianggarkan kira-kira sembilan juta penduduk negara ini mudah terpengaruh dengan penyebaran berita palsu tanpa memeriksa kesahihan maklumat yang diterima. Jelas Ade Irfan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 peratus belum menentukan pilihan pasangan calon Presiden dan…










