Titah Sultan lambang keprihatinan terhadap pendidikan agama - Utusan Malaysia

Titah Sultan lambang keprihatinan terhadap pendidikan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) Selangor menyifatkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekolah tahfiz swasta yang tidak didaftar ditutup sebagai lambang keprihatinan baginda terhadap pendidikan agama.

Mohd. Dailami Che Age

Pengerusinya, Mohd. Dailami Che Age berkata, Pinta yang mewakili majoriti institusi tahfiz di negara ini bersedia menghulurkan bantuan bagi menambah baik kurikulum serta menyelesaikan isu pendaftaran institusi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pinta menjunjung tinggi titah Sultan Selangor mengenai isu pusat tahfiz di Selangor.

“Hal ini melambangkan keprihatinan Tuanku sebagai ketua agama yang memayungi rakyat jelata khususnya dalam pendidikan agama dan tahfiz di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Sultan Selangor menitahkan agar pihak berkuasa menutup sekolah tahfiz swasta yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Titah baginda, penutupan juga perlu dilakukan ke atas sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kokurikulum serta sistem pendidikan akademik moden.


Mohd. Dailami memberitahu, pihaknya juga berterima kasih kepada JAIS yang banyak membantu mempermudahkan pendaftaran institusi tahfiz di Selangor.

“Namun masih ada ruang dan kelemahan boleh dibaiki daripada sudut teknikal di institusi tahfiz yang memerlukan masa untuk dibaik pulih seperti prasarana serta kelengkapan asas bangunan dan lain-lain.

“Pinta menegaskan semua ahli komited mendaftarkan institusi mereka namun jika ada yang belum mendapat kelulusan ini kerana beberapa kekangan antaranya ada syarat yang masih belum dipenuhi.

“Saya percaya di atas bimbingan dan kerjasama JAIS semua institusi tahfiz yang belum berdaftar akan berjaya mendapat kelulusan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini