Tindakan pengusiran dilakukan selepas terima arahan DPP - Utusan Malaysia

Tindakan pengusiran dilakukan selepas terima arahan DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan pengusiran lapan individu warga asing termasuk dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengganas dilakukan selepas polis menerima arahan dari pihak pendakwa raya (DPP).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan polis tidak merujuk kepada menteri berhubung keputusan pengusiran itu. 

“Sebaik menerima arahan dari DPP, proses pengusiran akan dilakukan segera bagi menyekat sebarang bentuk keganasan di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu mereka mengancam keselamatan di negara ini dan mana-mana individu warga asing yang terlibat dalam keganasan akan diusir ke negara asal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah, Majlis Pemakaian Pangkat pegawai kanan PDRM serta Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pulapol di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, pada masa akan datang pihaknya akan melaporkan dan memaklumkan kepada kerajaan sebelum mengambil sebarang tindakan pengusiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini