ANKARA 26 Mac – Tiga wanita dan seorang kanak-kanak lemas setelah bot membawa pendatang asing karam di perairan Turki, hari ini.
Pengawal Pantai Turki dalam kenyataan berkata, seramai 11 orang berjaya diselamatkan selepas bot tersebut karam pada 1.7 batu nautika dari perairan berdekatan Canakkale awal pagi tadi.
Menurut Agensi Berita Anadolu, pendatang asing itu dari Afghanistan dan Iran.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turki yang mengambil hampir empat juta pelarian Syria menjadi laluan penting bagi pendatang asing tanpa izin cuba memasuki Eropah. – AFP











