Tiga rumah musnah terbakar di Pulau Sebatik - Utusan Malaysia

Tiga rumah musnah terbakar di Pulau Sebatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 11 Mac – Sebanyak lapan mangsa dari tiga rumah di Sungai Taman, Pulau Sebatik dekat sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada pukul 9.24 pagi namun hanya dapat tiba di lokasi kejadian pada 11.28 pagi kerana kekangan jarak.

“Memandangkan kejadian berlaku di kawasan pulau, kami terpaksa meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau untuk menghantar seorang pegawai dan tujuh anggota bomba ke pulau itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini