Tiga lelaki geng pecah kilang diberkas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki geng pecah kilang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN –  Dua buah kilang yang tidak beroperasi di Jalan Johor Bahru- Pontian menjadi sasaran geng pecah kilang  melakukan kegiatan curi bagi mendapatkan barangan berharga seperti komputer yang kemudiannya akan dijual di pasaran dengan harga serendah RM80. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian , Deputi Superintendan Azri Noraini berkata, kegiatan geng pecah kilang itu terbongkar selepas tiga lelaki lingkungan 27 hingga 32 tahun yang terlibat dengan kegiatan itu ditangkap menerusi Op Pintu pada 18 Mac lalu.

“Barang-barang yang masih ditinggalkan di kilang berkenaan tanpa pengawal keselamatan menarik perhatian geng pecah kilang yang ditinggalkan sejak setahun yang lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara barang yang dicuri ialah monitor komputer pelbagai jenama, papan kekunci, komputer, CPU komputer pelbagai jenama, sebuah patung naga berwarna hijau emas dan pelbagai peralatan pejabat,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) Pontian, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini