ALOR SETAR – Cubaan tiga individu menipu pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah bagi mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa untuk tiga kanak-kanak warga Sri Lanka gagal apabila mereka ditahan di Sungai Petani dekat sini hari ini. Mereka yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan itu ditahan ketika berurusan di Pejabat JIM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sungai Petani kira-kira pukul 1.13 petang tadi. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, tiga individu terbabit hadir ke kaunter imigresen dan mengaku sebagai penjaga kepada kanak-kanak warga asing tersebut. “Mereka membawa sijil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya