Tidak adil tuduh Dr. Mahathir buat keputusan sendirian - Mat Sabu - Utusan Malaysia

Tidak adil tuduh Dr. Mahathir buat keputusan sendirian – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mempertahankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dituduh membuat keputusan dalam kerajaan secara bersendirian sebaliknya secara perbincangan ahli-ahli Kabinet.

Beliau malah berkata, adalah tidak adil bagi sesetengah pihak menuduh Perdana Menteri berbuat sedemikian memandangkan tindakan Dr. Mahathir bersifat demokratik.

Katanya, Keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan dilakukan selepas berbincang dan mengambil kira pandangan semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilakukan secara kolektif melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet.

“Adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian. Malah, dalam keadaan tertentu, Perdana Menteri bersifat terlalu demokratik dan mengalah apabila hujah anggota mesyuarat lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad mengulas isu tuduhan sesetengah pihak kepada Perdana Menteri yang dilihat membuat keputusan dalam kerajaan secara bersendirian.

Tambah Mohamad, Perdana menteri juga tidak pernah memaksa pandangannya diterima oleh ahli-ahli Kabinet.

Jelasnya, ahli-ahli Kabinet bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

“Tidak adil bagi mana-mana pihak untuk meletakkan kesalahan terhadap perdana menteri semata-mata,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini