KUALA LUMPUR 8 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keraguan pihak tertentu terhadap parti beliau, sekiranya mampu mengumpul dana kewangan secara halal sehingga RM90 juta. Katanya, perkara itu tidak pelik sebab keahlian Pas kini telah mencecah lebih sejuta ahli di seluruh negara. Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kekuatan dan pengikut Pas semakin bertambah serta mempunyai ahli parti yang ikhlas memberi sumbangan. “Kita telah menghadapi satu fitnah.…










