KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Mawi mengumumkan Tiada Tajuk sebagai judul filem pertamanya yang bakal ditayangkan pada 4 April depan. Pengumuman tersebut dibuat Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, pada majlis pelancaran filem berkenaan yang diadakan di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini. “Sejak merancang untuk menerbitkan filem dua tahun lalu, saya dan isteri, Ekin memang merancang untuk membuat kelainan. “Kami memang memilih untuk meletakkan Tiada Tajuk sebagai judul…










