SEPANG 6 Mac – Polis menolak kemungkinan terdapat penglibatan orang ketiga dalam kejadian dua mangsa maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini pada 28 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik dan kimia untuk mengaitkan individu lain berdasarkan bukti fizikal yang ada. “Laporan forensik dan kimia diperlukan untuk membuat analisis terhadap bukti…










