Sempena Hari Hidupan Liar Sedunia yang disambut pada 3 Mac lalu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah membuat pra-pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya Sedunia 2019. Pada 20 Disember 2013 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) telah mengisytiharkan 3 Mac sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia (WWD). Pada 2018, WWD disambut dengan tema Kucing Besar: Pemangsa Terancam. Dengan tema itu dapat memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat dunia tentang melindungi kumpulan…










