Thi Huong alami masalah kesihatan - Utusan Malaysia

Thi Huong alami masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tertuduh kedua kes bunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini bagi menjalani rawatan.

Peguam belanya, Salim Bashir berkata, keadaan fizikal dan mental Thi Huong tidak berada dalam keadaan baik semalam dan pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk membawanya mendapatkan rawatan di luar penjara.

“Mahkamah telah mengizinkan permohonan tersebut dan Thi Huong dibawa dan tiba di HKL kira-kira pukul 9.40 pagi tadi. Dia kemudian dibawa melalui ke pintu belakang HKL seterusnya ke Jabatan Psikiatri hospital tersebut bagi menjalani rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Salim, pihak kedutaan Vietnam juga telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Siti Aisyah dan Thi Huong, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, membunuh Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini