BANGKOK 12 Mac – Polis Thailand menahan seorang lelaki Jordan yang mengaku meembunuh anak lelakinya dengan meletakkan kanak-kanak itu di dalam kereta tolak sebelum menghumbannya ke dalam laut.
Menurut pihak berkuasa, insiden itu melibatkan kanak-kanak lelaki berusia setahun dan berlaku di pekan Pattaya ketika Wael Nabil Salman Zureikat bercuti dengan isteri serta anak lelakinya.
Penahanannya dibuat selepas mayat kanak-kanak malang itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











