Terima teguran dengan hati terbuka - Utusan Malaysia

Terima teguran dengan hati terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 28 Mac – Teguran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengenai pretasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang betul dan perlu diterima dengan hati terbuka serta berlapang dada.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, sebagai pemimpin, Nurul Izzah berhak bersuara malah tegurannya sama ada terhadap pemimpin bawahan atau peringkat atasan bukan perkara baharu bagi puteri reformasi itu.

Katanya, jika mana-mana pemimpin yang tidak mengambil negatif terhadap apa yang disuarakan oleh Nurul Izzah itu pasti mereka tahu bahawa apa yang dilontarkan itu ada asasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (Nurul Izzah) bersuara benda yang betul dan dia anak muda yang sentiasa berani untuk menegur sesuatu yang tidak betul. Perkara itu perlu diambil dengan hati terbuka dan berlapang dada,” katanya di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara The Straits Times, Singapura, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi.

Malah, Nurul Izzah turut menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu.

Susulan itu, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dikecam pelbagai pihak termasuk kepimpinan PKR yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.

Malah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi ciapan dalam akaun Twitter menyindir seseorang sebagai ‘budak kecil yang merengek’.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu namun pelbagai pihak yakin sindiran tersebut ditujukan kepada Nurul Izzah.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, beliau menyokong pandangan dan saranan Nurul Izzah berkaitan soal tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini