KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuka tender prakelayakan bagi membina sebuah hospital kerajaan di kawasan Pasir Gudang, Johor. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tender itu akan ditutup pada 4 April depan. “Kami dalam proses menangani perkara ini. (Bagi) Mereka yang mahu terbabit dalam tender ini, kita pada tahap pratender. “Kita akan melakukan perkara ini dalam rangka kerja dan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang sudah ditetapkan bagi…










