KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchurch, New Zealand hari ini. “Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa beroleh syahid yang tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan. Mujahid turut mendoakan agar umat Islam khususnya di New Zealand serta di seluruh dunia dilindungi Allah SWT…










