SECARA umumnya, teknologi nuklear yang digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik mempunyai persepsi yang negatif daripada masyarakat. Teknologi nuklear sering dikaitkan dengan kesan sinaran radioaktif yang dihasilkan oleh bahan sisa buangan proses nuklear. Kebocoran sinaran radioaktif daripada sisa buangan semasa kejadian gempa bumi dan tsunami di Fukushima, Jepun pada 2011 adalah contoh yang masih tidak dapat dilupakan. Kesan daripada kejadian berkenaan, beberapa reaktor nuklear di Jepun telah ditutup dan reaktor nuklear…










