LONDON 19 Mac – Syarikat kimia gergasi, Ineos bakal menjadi penaja terbaharu pemenang Tour de France, Team Sky demikian laporan berita media tempatan di Britain. Ineos yang dimiliki jutawan Britain, Jim Ratcliffe dikatakan berminat menaja pasukan berkenaan sekali gus menyaksikan Team Sky bakal diubah kepada Team Ineos. Ratcliffe juga dilapor sudah berbincang dengan prinsipal Team Sky, Dave Brailsford dalam beberapa minggu lalu. Bekas pelumba Team Sky, Bradley Wiggins berkata, kerjasama…










