Tasik dipenuhi serpihan ais tajam - Utusan Malaysia

Tasik dipenuhi serpihan ais tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTH HAVEN, Michigan – Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik Michigan mula cair dan membentuk serpihan ais tajam berlapis-lapis yang menakjubkan di sini Selasa lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Tasik yang dikongsi empat negeri, lebih 70 pekan dan bandar serta 12 juta penduduk itu, kini menyaksikan fenomena pergerakan air di bawah lapisan ais musim sejuk dan menyebabkan serpihan ais tajam bertindih di permukaannya, lapor portal berita tempatan, MLive.com.

Pemandangan serpihan ais tajam seperti jubin pecah itu paling jelas kelihatan di dermaga bandar South Haven tetapi Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat meminta orang ramai tidak mendekatinya kerana dikhuatiri struktur tersebut tidak kukuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada lapisan ais yang boleh dianggap selamat khususnya pada waktu peralihan musim ini.

“Lapisan ais itu sememangnya sedang cair dan akan pecah tidak lama lagi,” jelas agensi tersebut.

Kira-kira 50 peratus daripada permukaan tasik itu diselaputi ais sepanjang musim sejuk sehingga awal bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini