PUTRAJAYA 28 Mac – Kementerian Pendidikan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan program sekolah tanpa tunai (cashless school) di sekolah-sekolah di negara ini. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, inisiatif tersebut digerakkan melalui usahasama antara kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN). “Program sekolah tanpa tunai kini dalam perancangan kita yang mana ia melibatkan usahasama kita dengan BSN. Dan tadi kita mendapat persepakatan dasar yang mana kita akan adakan projek rintis sekolah terpilih.…










