JOHOR BAHRU 9 Mac – Polis menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri ketika diarahkan memberhentikan kereta di Jalan Danga Pertama, Kawasan Perniagaan Danga Pertama dekat Tampoi di sini malam tadi dan menemukan dadah dan pisau dalam keretanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Mohd.Taib Ahmad berkata, ketika polis membuat rondaan pada pukul 7.15 malam, polis mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan. Katanya, polis…










