LANGKAWI 2 Mac – Tabung Khas Pelancongan SFT3 berjumlah RM500 juta merupakan pencetus perubahan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta mempergiatkan lagi pertumbuhan pengusaha inap desa dan kraftangan dalam sektor pelancongan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. Beliau berkata tabung khas itu amat signifikan apabila kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus daripada kadar keuntungan yang dikenakan seterusnya dapat membantu mengurangkan kos perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).…










