Syiling emas Britain termahal berharga £845,000 - Utusan Malaysia

Syiling emas Britain termahal berharga £845,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sekeping syiling emas Britain berusia 300 tahun memecah rekod dunia apabila dijual pada harga £845,000 (RM4.5 juta) dalam satu acara lelongan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Dinamakan Syiling Ratu Anne Vigo, wang itu dihasilkan pada tahun 1703, menggunakan emas yang dirampas tentera Britain daripada kapal Sepanyol dalam Pertempuran Teluk Vigo di perairan Sepanyol.

Muka duit syiling itu memaparkan imej Ratu Anne dan sebelah lagi memaparkan gambar sebuah jata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syiling emas itu tersebut dijual oleh firma lelongan Baldwin’s St. James’s kepada seorang pembida pada harga £845,000 (RM4.5 juta) termasuk yuran.

“Syiling ini merupakan antara syiling emas yang mendapat permintaan paling tinggi,” kata pengarah rumah lelong tersebut, Stephen Fenton.

Hanya 20 keping syiling emas Vigo bertarikh 1703 dibuat menggunakan emas yang dirampas tersebut.

Rekod syiling Britain sebelum ini dipegang oleh syiling perak Raja George III yang dihasilkan dalam tahun 1817 dan dilelong pada harga £630,000 (RM3.3 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini