Syarifudddin bersedia beri saingan hebat - Utusan Malaysia

Syarifudddin bersedia beri saingan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Walaupun bakal berdepan pelumba senior yang lebih berpengalaman, Md Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk memberikan cabaran sengit dalam kategori CP115 menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hujung minggu ini.

Juara Wira 2018 itu beralih ke kategori CP115 musim ini dan bertindak selaku pelumba tunggal bersama pasukannya, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing, dalam kategori tersebut.

Bagi pelumba kelahiran Selangor itu, dia tidak akan terlalu merendah diri selaku pelumba rookie dan akan tampil memberikan saingan terbaik, terutama ketika berhadapan pelumba senior.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan berusaha dengan sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik dalam penampilan pertama saya dalam kategori ini.

“Selain faktor kekurangan pengalaman, saya akan cuba untuk membentuk persefahaman yang baik bersama jurutera pasukan supaya segera serasi dengan jentera dan juga keadaan litar,” katanya.

Tambah Syarifuddin, statusnya sebagai pelumba tunggal pasukan dalam kelas CP115 itu bukan satu masalah memandangkan pasukan juga membuat persiapan rapi untuk menghadapi perlumbaan musim 2019.

“Selepas memenangi gelaran Wira tahun lepas, memang saya sudah mempersiapkan diri untuk beraksi dalam kelas CP115 dan serba-sedikit saya mendapatkan maklumat daripada pelumba lain dan juga pasukan, terutama daripada segi perbezaan jentera.

“Cuma saya tidak meletakkan sasaran tinggi dalam penampilan pertama ini, cukup sekadar layak ke sesi kelayakan Shootout dan menamatkan saingan dalam kalangan 10 pelumba terbaik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini