Suruhanjaya khas SP2MJ - Utusan Malaysia

Suruhanjaya khas SP2MJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 11 Mac – Sebuah suruhanjaya khas akan ditubuhkan bagi mengatasi kegiatan orang tengah atau ejen yang mengutip wang daripada pemohon Sistem Perumahan Mampu Biaya Johor (SP2MJ) bagi membantu kelulusan permohonan itu.

DZULKEFLY AHMAD

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pemba­ngunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan membawa cadangan berhubung perkara berkenaan pada mesyua­rat Exco yang akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, cadangan penubuhan jawatankuasa khas ber­kenaan bertujuan membantu mengelakkan golongan berpendapatan rendah atau B40 diperdaya golo­ngan tidak bertanggungjawab.

“Kita sudah ada cadangan dan ka­lau isu ini masih lagi berlarutan, ma­lah kita sudah banyak kali bagi ama­ran sekali gus kita tidak tolak kemung­kinan akan menubuhkan se­bu­ah task force untuk atasi isu ini.

“Perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco dan kita akan umumkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Pemba­ngunan Denai Nusantara yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di sini, baru-baru ini.

Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengu­las laporan akhbar mengenai individu mendakwa ejen bahagian perumahan kerajaan negeri dan mengu­tip sebanyak RM5,000 daripada pemohon SP2MJ bertujuan membantu kelulusan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membuat permohonan dan berurusan dengan saluran yang betul dan yang ditetapkan kerana kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi permohonan tersebut.

Tambahnya, semua permohonan SP2MJ perlu dilakukan melalui portal erumah.johor.gov.my dan proses sa­ringan dibuat terhadap pembeli yang layak melalui projek ditawarkan.

“Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang tidak mahir atau tidak tahu membuat permohonan melalui laman web, mereka boleh terus pergi ke kaunter,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini