Surau musnah terbakar - Utusan Malaysia

Surau musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Sebuah surau di kampung Pantai Dalam di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.51 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, susulan itu, sebanyak 35 anggota bersama empat jentera dan tiga van dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Seputeh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain kira-kira pukul 6.28 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.18 pagi.

“Hasil siasatan lanjut, surau tersebut didapati terbakar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini