Sunway berjaya terbit sukuk RM300 juta - Utusan Malaysia

Sunway berjaya terbit sukuk RM300 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Anak syarikat milik penuh Sunway Bhd., Sunway Treasury Sukuk Sdn. Bhd. (STSSB) buat julung kalinya menerbitkan program kertas komersial Islam (ICP) bernilai RM300 juta di bawah program sukuk.

Menurut Sunway, ICP itu telah diterbitkan pada kadar keuntungan 3.90 peratus setahun.

Katanya, terbitan ICP oleh STSSB tidak akan memberi kesan kepada modal saham, aset bersih sesaham, pendapatan sesaham atau struktur pemegangan saham utama kumpulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan juga mewujudkan program sukuk, Program ICP/Nota Jangka Sederhana Islam selama tujuh tahun di bawah prinsip syariah mudharabah melalui STSSB untuk mencapai nilai nominal sehingga RM10 bilion bagi membiayai aktiviti pelaburan, perbelanjaan modal dan modal kerja.

“Hasil akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan am korporat dan pembayaran semula pinjaman sedia ada atau akan datang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini