Sunway beli Blacktop Industries - Utusan Malaysia

Sunway beli Blacktop Industries

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Sunway Berhad (Sunway) menerusi anak syarikatnya, Sunway Holdings Sdn. Bhd. dalam proses pembelian 100 peratus kepentingan dalam Blacktop Industries Sdn. Bhd. (BISB) pada harga RM70.09 juta bagi mengukuhkan unit kuari miliknya.

Sunway dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, BISB terlibat dalam perniagaan kuari dan operasi kemudahan pracampuran bahan bagi tujuan pengeluaran dan pemasaran pracampuran agregat dan bitumen serta penyewaan peralatan mudah alih.

Menurut syarikat itu, cadangan pengambilalihan itu akan dapat meningkatkan kedua-dua aspek bahagian pasaran dan prestasi kewangan bahagian kuari dengan penembusan ke dalam pasaran baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan liputan itu turut membawa kepada penjimatan kos lebih tinggi dan menguntungkan.

“Pengambilalihan secara dua peringkat itu dijalankan menerusi pengumpulan dana secara dalaman,” katanya di sini hari ini.

Langkah itu dijangka tidak memberi sebarang kesan utama dan segera ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 selain diunjur menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan syarikat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini