SunMed meterai MoA adakan siri seminar CME - Utusan Malaysia

SunMed meterai MoA adakan siri seminar CME

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Pusat Perubatan Sunway (SunMed) dan Universiti Sunway memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Sunway Universiti Cambridge dan Royal College of Physicians, London (RCP) untuk mengadakan beberapa siri seminar bersama Pendidikan Perubatan Berterusan (CME).

SunMed dalam kenyataannya berkata, seminar CME bertujuan untuk menggabungkan penjagaan klinikal, penyelidikan dan pendidikan menjadi antara beberapa hospital pengajar swasta di Malaysia.

Katanya, pihaknya telah melantik rakan serantau pertama iaitu University of Cambridge untuk penyelidikan klinikal di samping menguatkan kredibiliti mereka untuk mencapai matlamat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seminar Royal College of Physicians-Sunway-Cambridge Medical akan diadakan pada 28 April depan di Pusat Perubatan Sunway. Program sehari ini akan membawakan pakar-pakar terkemuka dunia untuk membincangkan trend terbaharu serta perkembangan dalam perubatan akut atau am menerusi sesi syarahan dan bengkel.

“Antara topik yang akan dibincangkan termasuk penyakit berjangkit, geriatrik, dermatologi dan perubatan respiratori. Kesemua doktor am dan pakar serta pelajar perubatan digalakkan menghadirinya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berkata, pihaknya sangat berminat dengan bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Kami komited untuk meningkatkan standard kecemerlangan dalam kedua-dua sektor ini di Malaysia dan serantau. Usaha kami ini mencerminkan komitmen Kumpulan Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami mengiktiraf SDG bukan menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja, malah ia memerlukan komitmen daripada semua pihak seperti swasta, ahli akademik, masyarakat sivil dan individu. Kita perlu melakukannya bersama-sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini