PASIR GUDANG 10 Mac – Penduduk Kampung Bukit Pulai, Pasir Putih di sini mendakwa pencemaran di Sungai Kim Kim masih belum pulih sepenuhnya walaupun pembersihan sudah dilakukan. Menurut mereka, keadaan tersebut masih merisaukan kerana melibatkan kesihatan apatah lagi kedudukan rumah mereka berhampiran Sungai Kim Kim yang tercemar itu. Zulkifly Kassim, 50, berkata, kerja-kerja pembersihan dijalankan dilokasi pembuangan sisa kimia masih belum mencukupi memandangkan keadaan air yang sentiasa mengalir. Menurutnya, kawasan…










