Sukar menang di DUN Rantau -Mat Sabu - Utusan Malaysia

Sukar menang di DUN Rantau -Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 8 Mac – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu beranggapan bahawa Pakatan Harapan (PH) melalui jalan sukar untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang diadakan pada 13 April ini.

Ketika menjawab soalan Moderator, Tan Sri Johan Jaafar dalam Bicara Minda di Dewan Karangkraf, Mohamad yang juga merupakan Presiden Amanah berkata, PH sukar untuk menang di kerusi tersebut dan perlu kerja lebih kuat untuk merampasnya.

“Anggapan bahawa PH adalah barua DAP masih kuat selain pihak lawan menggunakan ayat al-Quran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh demikian, PH kena ambil perhatian dan perlu  berjaga-jaga supaya tidak timbul persepsi yang salah. Ini kerana pihak lawan memang kerja mereka menimbulkan persepsi sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kekalahan di DUN Semenyih, Mohamad berkata, punca kekalahan adalah persepsi di bawa pihak pembangkang kepada pengundi.

“Mereka memainkan isu ekonomi selain perkauman dan keagamaan juga lebih hebat,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini