KUALA LUMPUR 20 Mac – Subsidiari milik penuh Econpile Holdings Bhd., Econpile (M) Sdn. Bhd. (EMSB) telah memperoleh satu perjanjian subkontrak bernilai RM44.7 juta daripada syarikat usaha sama MMC Gamuda KVMRT.
Econpile berkata, kontrak itu merangkumi kerja-kerja reka bentuk, pembinaan dan penyiapan kerja terowong konkrit membabitkan Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur selama 25 bulan.
“Kontrak itu adalah perniagaan utama EMSB dan dijangka akan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan Econpile bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019,” kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini. – BERNAMA
Memuatkan artikel berkaitan…











