Subsidiari AirAsia tubuh syarikat di Jepun - Utusan Malaysia

Subsidiari AirAsia tubuh syarikat di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac- Anak syarikat tidak langsung AirAsia Group Berhad (AirAsia), BIGLIFE Sdn. Bhd. (BIGLIFE) menubuhkan subsidiari milik penuhnya, BIGLIFE Japan Co. Ltd. di Jepun pada 19 Mac lalu.

AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penubuhan itu bagi memiliki, mengoperasikan dan membangunkan program BIG Loyalty di negara matahari terbit itu.

Katanya, penubuhan itu tidak mempunyai kesan terhadap modal saham AirAsia dan pemegang-pemegang saham utama serta tidak memberi kesan material terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah hutang kepada ekuiti syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penubuhan itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat. Tiada Pengarah, pemegang saham utama syarikat dan/ atau individu yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara terus atau tidak dalam syarikat tersebut,” katanya di sini hari ini.

AirAsia mempunyai 80 peratus kepentingan dalam BIGLIFE.

Syarikat itu dahulunya dikenali sebagai Big Loyalty Sdn. Bhd. dan Think Big Digital Sdn. Bhd.. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini