CHRISTCHURCH 17 Mac – Isterinya, Husna Ahmed merupakan antara yang terkorban ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan pengganas di masjid dekat sini kelmarin. Namun bagi Farid Ahmad, 59, walaupun berdepan dengan dugaan kehilangan insan tersayang, dia bersedia untuk memaafkan penyerang bersenjata itu. “Saya akan katakan padanya (pengganas) bahawa saya kasihkan dia sebagai seorang insan,” katanya. Ditanya sama ada akan memaafkan suspek pengganas berusia 28 tahun itu, jelas Farid: “Sudah tentu,…










