KUALA LANGAT – Hasrat pasangan suami isteri untuk melancong ke Ipoh, Perak tidak kesampaian apabila mereka maut dilanggar sebuah kenderaan ultiliti sukan (SUV) ketika melintas jalan di Kilometer 22, Jalan Klang-Banting berdekatan simpang lampu isyarat Sri Cheeding, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, Tan Kian Seng, 65, mati di lokasi kejadian manakala isterinya, Ng Swee Liew, 58, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Banting.…










