Suami isteri larikan anak orang berjaya ditahan di Ampang - Utusan Malaysia

Suami isteri larikan anak orang berjaya ditahan di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak hujung bulan lalu berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Mereka ditemui bersembunyi di inap desa tersebut, walaubagaimanapun kanak-kanak yang dilaporkan hilang tiada bersama mereka.

“Kita akan membawa pulang kedua-dua suspek ke Langkawi esok untuk siasatan lanjut termasuk melakukan soal siasat bagi mengesan kanak-kanak terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan polis sedang mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Langkawi sejak hujung bulan lalu.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN