Suami hisap dadah depan isteri  - Utusan Malaysia

Suami hisap dadah depan isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seharusnya seorang suami menunjukkan teladan yang baik namun berlainan bagi seorang lelaki yang sanggup menghisap dadah di depan isterinya dalam rumah mereka di 
Kampung Lubuk Pusing di sini Rabu lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki yang berusia 43 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan pukul 5 pagi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Ops Aduan dan Cegah.

Ketua Daerah AADK Sabak Bernam,  Zulazli Hashimuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek telah terlibat dalam penagihan dadah sejak tahun 90-an.

Katanya, suspek yang merupakan penganggur itu juga bertindak sebagai pengedar dadah kecil-kecilan.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui dadah jenis heroin seberat 4.89 gram (g), syabu (0.06 gram) dan pil Eramine 5 (0.52 gram).

“Kita kemudiannya menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, menerusi operasi sama selama 8 jam bermula pukul 10 pagi itu turut menahan 13 individu lain berusia 19 hingga 50 tahun selepas didapati positif heroin dan syabu.

Jelas Zulazli, kes kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) dan Seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN