Sterling gesa UEFA ambil tindakan - Utusan Malaysia

Sterling gesa UEFA ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PODGORICA 26 Mac – Raheem Sterling menggesa Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk mengambil tindakan ke atas Montenegro untuk beraksi tanpa penyokong selepas dia dan rakan sepasukannya, Danny Rose menjadi mangsa ejekan perkauman di Podgorica, awal pagi tadi.

England menampilkan aksi cemerlang dengan menundukkan tuan rumah 5-1 dalam aksi kelayakan Euro 2020 tetapi perlawanan itu dibayangi aksi perkauman penyokong Montenegro dan Sterling bertindak meraih jaringan kelima Three Lions.

Pengendali England, Gareth Southgate mendakwa Rose menjadi sasaran penyokong selepas dia dilayangkan kad kuning semasa masa kecederaan manakala Callum Hudson-Odoi mengakui dia mendengar ejekan berbunyi seperti monyet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hukuman ke atas satu atau dua penyokong tidak akan mengubah apa-apa, awak perlu jadikan hukuman berat sebagai contoh kepada semua, jika ia melibatkan penyokong kami, saya akan suarakan perkara yang sama.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan secara menyeluruh, keseluruhan penyokong Montenegro. Saya tidak tahu, bukan saya yang membuat peraturan tetapi mereka perlu nyatakan pendirian mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini