Statut Rom: Pandangan pakar berlainan dengan kerajaan - TMJ - Utusan Malaysia

Statut Rom: Pandangan pakar berlainan dengan kerajaan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Mac – Penjelasan kerajaan berhubung Statut Rom adalah berlainan daripada pandangan yang diberikan beberapa pakar berhubung perkara itu kepada keluarga Diraja Johor.

Tangkap layar akaun Facebook Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung Statut Rom.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau dan ayahanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar didatangi ramai pakar dengan pelbagai fakta serta pendapat berhubung Statut Rom itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai pakar telah berjumpa Tuanku dan saya untuk memberi pelbagai fakta dan pendapat mengenai Statut Rom dan ia seolah berlainan daripada apa yang kita dengar melalui berita yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Setelah mendengar fakta daripada pakar yang menetili Statut Rom, saya faham mengapa banyak negara tidak menandatanganinya,” katanya menerusi laman Facebook HRH Crown Prince of Johor di sini sebentar tadi.

Tunku Ismail sebelum ini mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan yang memberi kesan kepada pemerintah tertinggi perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini