Sri Lanka tuduh Singapura lindungi suspek penipuan - Utusan Malaysia

Sri Lanka tuduh Singapura lindungi suspek penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 18 Mac – Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena menuduh kerajaan Singapura melindungi seorang bekas ketua bank pusat negara itu yang terlibat dalam penipuan kes berprofil tinggi membabitkan AS$74 juta (RM 302 juta).

AFP yang memetik Maithripala sebagai berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Januari lalu supaya menghantar Arjuna Mahendran ke Sri Lanka bagi membolehkan dia didakwa.

“Malangnya, sehingga hari ini, Singapura tidak memberi sebarang respon,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×